Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca semua. Di bawah ini saya kongsikan kadar bayaran pengasuh bagi tahun 2023 untuk rujukan pengasuh dan ibu bapa.
Berikut adalah anggaran kadar bayaran pengasuh tahun 2023:
a. Yuran Bulanan
1. Umur 3 Bulan hingga 2 Tahun : RM350 - RM4002. Umur 2 Tahun hingga 4 Tahun : RM300 - RM3503. Transit 1/2 Hari (Bulan) : RM150 - RM2504. Transit 2 Jam (Bulan) : RM100 - RM1805. Transit Penuh Cuti Sekolah : RM250 - RM3006. Transit 1 Hari (Waktu Bekerja) : RM20 - RM257. Transit 1 Minggu (Isnin - Jumaat) : RM95 - RM120
8. Transit 1 Jam (Waktu Bekerja) : RM4.00 - RM4.50
Kiraan bayaran yuran bulanan adalah untuk Seorang kanak-kanak.
- Mensterilkan botol susu kanak-kanak (umur 4 tahun ke bawah)
- Menukar lampin pakai buang sekurang-kurangnya 6 jam sekali (kecuali kanak-kanak buang air besar & bayi)
- Potty Training (umur 3-4 tahun atau kanak-kanak yang masih berlampin walaupun umur sudah sesuai untuk free pampers)
- Mandikan & siapkan kanak-kanak
- Memberi makan & minum
- dan Mengawasi kanak-kanak agar terhindar dari bahaya (termasuk ketika kanak-kanak bermain & tidur)
Masa rehat untuk makan & solat
- Bayaran lebih masa akan dikenakan jika kanak-kanak masih berada di rumah pengasuh selepas jam 6.00 petang : RM5.00/jam - RM7.00/jam
- Hari Sabtu/Ahad/Cuti Umum
- 1 Jam = RM7/jam - RM8/jam
- Sabtu/Ahad = RM60 - RM70
- Cuti Umum = RM70 - RM80
- Caj bermalam dikira dari jam 9.30 malam sehingga 6.30 pagi pada hari berikutnya = RM50 - RM100
- Bayaran tersebut adalah untuk Seorang kanak-kanak/bayi.
- Bayaran OT dibayar pada setiap hujung bulan.
c. Pengangkutan
1. Mengambil & menghantar kanak-kanak dari rumah ibu bapa ke rumah pengasuh2. Mengambil & menghantar kanak-kanak dari prasekolah/taska ke rumah pengasuh
= RM1.00 - RM1.50/per kilometer untuk Seorang kanak-kanak
d. Saguhati
Saguhati diberikan kepada pengasuh untuk menghargai tenaga dan pengorbanan masa mengasuh kanak-kanak 1-2 kali setahun. Tiada paksaan terhadap ibu bapa sekiranya tidak mampu menyediakan saguhati.
Saguhati boleh diberikan dalam bentuk :
- Wang Ringgit
- Barangan Dapur
- Barang Masakan
- Cenderahati Hati/Kraf Tangan
- Barang Elektrik
Akhir kata, kadar bayaran pengasuh tahun 2023 ini hanya untuk rujukan sahaja. Kiraan bayaran mengasuh yang sebenar akan ditentukan oleh pengasuh sendiri. Sekian saja coretan saya. Kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda sekiranya anda menyukai coretan ini.
Nota: Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian terhadap pihak yang berkenaan (pengasuh/ibu bapa/penjaga).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan