Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca semua. Hari ini saya akan menulis tentang tanggungjawab, skop kerja dan peraturan seorang pengasuh personel untuk rujukan mereka yang berkaitan.
TANGGUNGJAWAB PENGASUH PERSONEL
- Memberi sepenuh komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jujur, amanah dan dedikasi untuk memastikan kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti dan professional.
- Memastikan kanak-kanak mendapat hak mereka sebagai kanak-kanak dan diberi perlindungan dari segala jenis penderaan serta penganiayaan.
- Sentiasa mempamerkan contoh kelakuan yang baik sama ada pertuturan, tingkahlaku dan penampilan diri.
SKOP KERJA PENGASUH PERSONEL
- Menjaga kanak-kanak mengikut tugasan yang telah dipersetujui oleh ibu bapa kanak-kanak.
- Memastikan kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan yang sempurna dari segi hak dan keperluan mereka.
- Memastikan kanak-kanak mendapat diet pemakanan yang seimbang mengikut kepeluan mereka.
- Menjalankan aktiviti dalam dan luar rumah bagi menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak(jika berkaitan).
- Memastikan bahawa keselamatan kanak-kanak dilindungi sepanjang berada di rumah pengasuh.
- Memberi maklumbalas kepada ibu bapa mengenai sebarang perkara yang perlu disampaikan dan diambil tindakan seterusnya oleh mereka yang berkaitan. Contoh, jika berlaku kemalangan, kecederaan atau jika memerlukan perubatan.
- Memberitahu kepada ibu bapa jika terdapat sesuatu tanda awal penyakit pada kanka-kanak.
- Menyediakan dan mengemaskini segala rekod berhubung dengan kanak-kanak. Contoh, laporan aktiviti harian setiap hari dan laporan perkembangan kanak-kanak setiap 3 bulan.
- Mendapat suntikan pelalian Typhim dan menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan.
![]() |
Illustration by Macrovector |
PERATURAN PENGASUH PERSONEL
- Pengasuh dikehendaki bersiap sedia untuk menyambut kedatangan kanak-kanak sebelum 7.15 pagi(bergantung pada masa ibu bapa menghantar kanak-kanak).
- Tidak dibenarkan mengambil cuti sesuka hati tanpa memberitahu ibu bapa 5-7 hari sebelum tarikh bercuti.
- Dilarang mengasari atau memukul kanak-kanak asuhan.
- Dilarang menggunakan telefon bimbit peribadi ketika sedang mengasuh dan mendidik kanak-kanak kecuali hal kecemasan.
- Dilarang tidur ketika sedang mengasuh dan mendidik kanak-kanak kecuali kanak-kanak sedang tidur dan tiada perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak ketika itu.
- Memastikan keselamatan dan kebersihan di rumah.
Sampai disini saja coretan saya. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada pembaca dan dijadikan rujukan kepada mereka yang berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan